Thursday, December 20, 2007

Aidil Adha yang sepi

Anak aku nomor 2, Herna Marlynnie telah tamat latihan setahun sebagai dokter pelatih. Hari Sabtu lepas, 15.12.2007 aku hantar dia ke Sandakan kerana ditukarkan bertugas di sana sebagai doktor di Unit Pembedahan Hospital Duchess of Kent. Alaaaa ... sebagaimana yang aku duga dulu-dulu, kesepian sudah aku di rumah. Hari ini aidiladha. Balik dari solat sunat aidiladha pagi tadi, aku rasa rumah aku kosong betul! Ndak ada seorang pun anak-anak aku di rumah. Betul-betul terasa sepi macam kandang kerbau yang kerbaunya semua terlepas lari! Aku heran juga setelah sampai rumah dari masjid, ada salah seekor kucing aku berlari datang dan terus duduk di pangkuan aku sambil gesel-gesel manja. Pandai pula dia peluk tangan aku seolah-olah dia mau salam dengan aku. Ish .. tambahlah aku teringat anak-anak aku.

Sebenarnya anak bungsu aku di Melaka yang sedang study leave bercadang mau pulang ke Kota Kinabalu untuk menemani aku semasa raya ni. Tapi last minute dia tukar plan pula. Ni mesti pasal susah nak dapat bas dari Melaka ke KLIA. Al-maklum musim cuti perayaan. Begitulah keadaan di Semenanjung Malaysia tu!

Aku mau cari hobby baru lah ni supaya ndak terasa betul kesepian. Coba korang kasi aku idea! Susah betul orang tua macam aku mau pikirkan apakah hobby yang sesuai untuk aku. Mau try sukan rock-climbing .. hehehehe .. ndak sanggup sudah aku! Mau memancing, aku takut pegang ikan hidup sejak pernah kena duri ikan masa budak-budak dulu. Mau main golf .. mahal! Lagipun aku mana ada tokoh jadi pemain golf! Mau jadi penganalisis politik .. buang masa aku saja .. pasal aku sudah muak dengan politik; aku nengok perselisihan politik sebijik macam dua orang budak bertengkar tentang siapa yang lebih berhak kepada gula-gula yang mereka jumpa. Kerna terlalu sibuk bertengkar, ndak sedar ada budak lain datang lalu curi tu gula-gula. Putih mata yang bertengkar! Mungkin aku mau try jadi pilot pesawat MiG! Apa macam? Bagus kan hobby tu? kan? kan? betul kan?







Pak Mur

Tuesday, November 20, 2007

Adui!

Ini yang tersangatlah ndak best. Punyalah aku rasa aku hensem satu macam dalam gambar di bawah ni: ..

Tiba-tiba ada pula Mat Grafik di ofis aku tu memandai-mandai buat lawak. Korang tengoklah hasilnya:

Ndak apalah ... sekurang-kurangnya aku kelihatan macam orang terpelajar juga. Boleh tanding sama tu profesor. Mujur dia ndak bikin muka aku jadi macam Doraemon!

Wuaaaaaa!!

Friday, November 16, 2007

Kawan Baru

Kemaren, 15.11.2007, selesailah tugas aku di Hotel Magellan, Kota Kinabalu, iaitu jadi pengacara dan anggota urusetia program Certificate in Strategic Human Resource Transformation anjuran pejabat aku. Program bermula sejak hari Sabtu lagi, 10.11.2007. Bayangkan, orang enak-enak tidur atau menikmati quality time dengan keluarga pada hari Sabtu. Aku pula kerja! Kadang-kadang aku terpikir adakah manusia ni kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja! Ndak mungkin Tuhan jadikan manusia semata-mata untuk kerja kan? kan? Iya kan? Walaupun aku bukan jadi peserta secara rasmi, namun aku ambil kesempatan duduk diam-diam dengar tu ceramah. "Curi ilmu" lah katakan! Fuyoo .. rasa macam masuk universiti juga .. walaupun aku ndak pernah langsung masuk universiti! Ndak juga kempunan. Lain kali susah sudah orang mau kelentong aku kalau bicara pasal bidang pembangunan sumber manusia!
Kira penting jugalah tu program. Penceramahnya profesor Rothwell dari Pennsylvania State Universiti, Amerika Syarikat. Selain dihadiri para pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, ada juga peserta dari Bangladesh, Tanzania, Vietnam dan Thailand. Dapat juga aku kawan baru dari luar negeri. Diorang tu kira orang kuatlah dari organisasi masing-masing. Hampir semuanya taraf CEO. Dari semasa ke semasa aku terasa macam ikan bilis dikelilingi ikan paus. Tapi apabila aku cakap Inggeris, si Rothwell tu pun pikir aku lulusan universiti! Hahahahaha! Pandai juga aku berlagak pinter!

Ahem! Nampak bergaya juga aku bergambar sama professor tu. Sebijik macam three stooges! Prof sama kawan aku yang senyum nampak gigi tu ada kelebihan sikit. Dahi diorang luas macam lapangan terbang. Airbus A-380 pun boleh mendarat.

Ada satu saja masalah aku dengan para peserta luar negeri tu. Ada sorang tu dari Bangladesh, kalau dia cakap orang putih .. aku dengar macam dia cakap Hindi! Yang dari Vietnam tu, kalau dia cakap orang putih, berkerut-kerut muka aku mau paham .. macam dengar siaran radio Vietnam. Yang dari Thailand tu pula, kalau dia cakap orang putih .. aku langsung ndak dengar apa-apa .. pasal aku sibuk tengok muka dia .. cantik! Patutlah kawan-kawan aku di Semenanjung suka banget melancong ke Thailand. TomYam betul diorang tu!

Sebelah kanan aku kawan baru dari Thailand. Di kiri aku dari Tanzania. Selama ini aku sangka kulit aku itam .. rupanya ada yang lebih itam. Tapi diorang semua memang friendly. Ndak taulah masih friendly atau ndak kalau diorang sudah tau yang aku cuma kucing kurap .. bukannya CEO macam diorang! Hehehehehe!







Pak Mur

Wednesday, November 7, 2007

Korang Ada Lesen Memandu?

Korang ada lesen memandu? Korang luluskah ujian sewaktu hendak mendapatkan lesen memandu? Kalau lulus … baguuus. Korang memang layak dikasi lesen. Jangan susah hati kalau lesen korang sekarang cuma membenarkan korang memandu kereta kecil. Aku pasti kalau korang ikut ujian lagi .. tentu korang lulus dan mendapat lesen untuk memandu kendaraan yang lebih besar dan canggih .. seperti keretapi, pengisar gandum dan kincir angin.

Yang aku ndak suka adalah kebanyakan para pemandu muda sekarang ini. Aku cukup heran dan otak aku boleh pusing tujuh keliling memikirkan bagaimana diorang itu boleh mendapat lesen memandu. Yang aku paham .. diorang sekarang mesti attend kelas dulu di sekolah memandu sebelum dapat ikut ujian. Itu berarti mereka seharusnya lebih paham tentang peraturan lalulintas daripada golongan tua seperti aku. Dulu-dulu aku mana pernah masuk kelas sekolah memandu. Jaman aku dulu di Kota Kinabalu ni mana ada dual carriageway! Mana ada flyover! Mana ada flying saucer dan sebagainya! Tapi aku rasa aku lebih pinter dalam bidang memahami peraturan lalulintas daripada budak-budak jaman sekarang. Aku ndak pernah ada sticker “P” di windscreen hadapan dan belakang kereta aku. Aku rasa sticker itu bermaksud “Penjahat”. Kalau ndak pun mungkin berarti “Palui”. Di Sabah ini “palui” ertinya “tersangat bodoh” alias goblok.

Kenapa aku bilang begitu? Cuba korang lihat gambar di bawah ini.

Korang yang ada lesen memandu dan memiliki kereta sendiri (termasuk kereta pinjam atau sewa) tentu tau itu adalah zebra crossing. Kalau diterjemah gimana ya? Mungkin jadi “lintasan kuda belang”. Ndak mungkin pula diterjemah jadi “lintasan tenggiling” kan? kan? Iya kan?

Zebra crossing itu terletak di kawasan bangunan kantor aku, iaitu bangunan Wisma MUIS di Kota Kinabalu. Suatu pagi aku dengan confident melintasinya kerna aku tau para pemandu kendaraan mesti berhenti dan memberi peluang kepada pejalan kaki melintas dulu atas zebra crossing. Sambil melintas itu aku sempat membayangkan wajah Lilies Karlina .. penyanyi dangdut jaipong yang aku cukup minat. Kerana dia kalau goyang tidak keterlaluan seperti Inul Daratista! Adui .. ke lain pula cerita aku .. Di mana sudah cerita aku? Oh iya .. tiba-tiba sebuah kereta lengkap dengan sticker “P” merah muncul dan hampir melanggar aku! Tidak cukup dengan itu pemandunya membunyikan hon sambil berteriak, “Oi .. mau matikah?”

Kurang ajar tu pemandu! Memang dasar bego, sialan, sontoloyo kampungan! Aku rasa sewaktu dia di sekolah memandu dulu .. dia tafsirkan zebra crossing sebagai tempat kuda belang melintas. Pemandu cuma dikehendaki stop kalau ada kuda belang melintas, kalau orang yang melintas .. langgar saja! Memang sah dia itu pemandu PALUI !!! Mujur tu pemandu perempuan .. errr .. cantik juga. Kalau jantan sure aku banting!








Pak Mur

Sunday, November 4, 2007

Dulu-dulu vs sekarang-sekarang

Dulu-dulu

Penyanyi yang mau bergelar artis mesti mempunyai suara yang baik dan sesuai untuk menyanyi. Sebutan diorang pula terang dan jelas. Kalau orang Melayu yang nyanyi, dia sebut setiap perkataan dengan cara orang Melayu. Lagu-lagu yang dinyanyikan pula memang ada “seni”. Pendek kata lagu adalah lagu dan menyanyi adalah menyanyi, bukan benda lain. Kita boleh dengar dan paham dengan jelas setiap kata yang disebut dalam lagu yang disampaikan. Penyanyi pula cukup bersopan apabila berada atas pentas atau depan kamera. Yang lelaki pakai kot macam James Bond lengkap dengan tali leher. Cuma ndak ada gadget macam James Bond. Pasal penyanyi bukan spy .. tujuan hidup mereka adalah menyanyi, bukan jadi pengintip rahsia.

Sekarang-sekarang

Penyanyi ndak perlu pandai nyanyi. Biar suara macam kodok brewok pun boleh jadi artis terkenal. Yang penting kalau yang perempuan mesti sanggup goyang-goyang ghairah dan berpakaian separuh telanjang atau tiga suku telanjang depan kamera atau atas pentas. Kalau sanggup telanjang bulat, bujur, persegi dan oktagon lagilah bagus dan cepat terkenal. Kalau ndak percaya korang tengoklah saluran yang berkenaan dalam TV. Kalau yang jantan mesti boleh teriak-teriak macam setan edan, sinting dan gendeng! Ndak perlu miliki suara yang bagus. Pasal lagu jaman sekarang hanyalah macam orang mabuk bercakap .. ndak ada nada lagu pun dan intipati lagu sama ada langsung ndak ada meaning atau mengajak orang jadi sewel. Orang Melayupun sudah macam ndak boleh sebut perkataan Melayu secara normal. Dia mesti sebut cara orang putih. Yang nyanyi tangan kanannya mesti lincah nunjuk-nunjuk orang dan pukul-pukul dada sendiri. Tangan kirinya pula sekejap-sekejap pegang dia punya .... (sensor).

Dulu-dulu

Hanya makhluk yang bergelar “kerbau” yang dicucuk idung dengan cincin besi. Pun begitu, segoblok-goblok kerbau cuma kena cucuk di idung, pasal dia ndak rela kena cucuk di tempat lain. Dari aku lahir sampai tua begini belum pernah aku nengok kerbau kena cucuk di ekor, di belakang, di bontot atau di ... (sensor lagi). Kalau makhluk yang bergelar “orang” pula, cuma spesis perempuan yang pakai anting-anting.

Sekarang-sekarang

Manusia pula yang kena cucuk dengan cincin besi! Bukan hanya di idung, malah hampir serata badan; di telinga, di bibir, di dagu, di lidah, di leher, di kepala lutut, dan tidak syak lagi ada juga di .... (sensor lagi). Dan bukan hanya perempuannya yang pakai anting-anting, yang jantannya lagi terror pakai anting-anting di bahagian badan yang bukan-bukan. Aku pasti kalau badan diorang boleh dibuka tutup pakai zipper, pasti diorang pakai anting-anting di otak, di ginjal, di pancreas, di dinding perut dan di saluran najis! Pendek kata, “orang” sudah jadi lebih goblok daripada haiwan. Itu sebab ramai orang jadi setan, pasal malu jadi orang!

Pak Mur

Wednesday, October 31, 2007

Bahasa dunia

Hari ini, aku mau nulis pasal kenangan lama. Topik ini muncul dalam kepala otak aku pasal aku merasa nostalgic sikit. Aku teringat jaman aku bertugas di Bhg. Peperiksaan, Terjemahan dan Penggunaan Bahasa Malaysia mulai tahun 1982 hingga 1993. Aku rasa tukar nama sudah itu Bahagian sekarang. Ndak apalah .. memori selama bertugas di sana tetap ndak bertukar dalam kenangan aku yang sudah tua ini. Memori penglibatan aku dalam pengkomputeran Pejabat Perjawatan. Sudah lama berlalu .. aku sendiripun ndak ingat kalau aku ndak retrieve dia punya data dari dalam hard disk kepala aku. Masa itu mana ada Microsoftword? Yang ada WANG word processing. Dan komputer Apple Macintosh paling terror! Tapi ndak IBM compatible. Aku hasilkan buletin Perjawatan gunakan QuarkExpress .. belum kenal lagi sama PageMaker! Rasanya waktu itu jawatan aku bukan Pemangku Pegawai Kerja Kanan .. tapi lebih kepada handyman! Atau mungkin juga senarai tugas aku waktu itu satu saja, iaitu "apa-apa tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa"

Yang aku paling ndak boleh lupa ialah apabila aku dibagi tugas menyediakan soalan dan memeriksa kertas jawaban untuk ujian terjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia. Sekarang ni ndak ada sudah tu ujian pasal aku rasa semua orang sudah pakar dalam kedua-dua bahasa itu. Al-maklum orang sekarang kalau sekolah bukan alang kepalang. Bukan sekadar sampai ke menara gading .. malah ke menara titanium .. logam yang jauh lebih keras daripada gading! Padahal gading pun sudah dipuja orang .. sehingga ada pepatah yang mengatakan sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Kesian aku waktu kerja di sana tu. Anak yatim yang ndak pernah nengok menara gading. Masa itu menara KL dan menara kembar Petronas pun belum wujud! Bagaimanapun oleh kerana tugas, dan kesedaran yang aku memegang amanah rakyat yang bayar gaji aku, maka aku laksanakan juga tugas itu to the best of my ability kata orang Madura.

Aku masih ingat sedikit-sedikit soalan yang aku sediakan. Antaranya ialah aku minta calon ujian menterjemahkan yang berikut ke dalam bahasa Malaysia:-

1. "He came to the party with his beautiful, young wife"

2. "Yesterday evening it was raining cats and dogs"

3. "Lets put our heads together and find a solution"


Korang tau apa jawaban yang aku dapat?

1. "Dia datang ke majlis itu dengan isteri mudanya yang cantik" (Aku rasa akan perang besarlah tu orang sama isteri tuanya! Pasal dalam budaya orang Melayu "isteri muda" bermaksud isteri kedua)

2. "Petang semalam hujan turun membasahi kucing dan anjing yang lari bertempiaran" (Aku ndak tau di mana diorang belajar bahasa Inggeris .. mungkin di Irian Jaya .. pandai menambah-nambah pula tu)

3. "Mari hantukkan kepala kita sambil cari larutan cecair" (Ya Tuhan, selamatkanlah aku daripada perogol bahasa yang sebegini!)

Janganlah korang ketawa. Itu dulu bah. Sekarang penguasaan bahasa Inggeris sudah jauh lebih baik. Semua orang cakap Inggeris di sana sini. Dalam majlis yang sepatutnya orang cakap Melayu pun diorang antam juga cakap Inggeris. Kasi besar anakpun cakap Inggeris. So much so that pada suatu hari aku tengok seorang pelajar sekolah menengah cakap sama kawan dia, "Woi! Don't bah you sit like that! No good bah that! If people see you how lah?" "Some more aaa .. you girl bah. You sit good-good one lah so no shy if people come across!"

Aku ndak boleh tahan sudah lalu aku tanya dia, "Hi there girl .. who taught you to speak in English?" Dia terus jawab, "Daddy loooo! He graduate in America one. Loooong time he there. Learning psychology. He speak very well also." Kawan dia pula menyampuk, "Alaaa pakcik .. no need lah tanya question yang as if we can't speak orang putih. Kan sekarang everybody speak good English? Barulah orang kata kita sophisticated and got same standard macam orang barat!"

Masa aku servis kereta aku di EON pun aku pernah terdengar seorang pemilik kereta cakap sama foreman, "You check carefully aaaa? I fed-up already! When I drive on rough road one I hear a ngok-ngok sound coming from the engine. Sometime tuk-tuk-tuk like that. Don't know what .. I rugi buy this car you know! No class .. better I buy Hyundai!"

Memang sah kita sudah menguasai bahasa dunia!


Pak Mur

Tuesday, October 30, 2007

Merenung langit

Aku tengah pikir isu apa mau aku tulis dalam blog aku. Jadi aku duduk-duduk di tepi rumah nengok langit. Nunggu inspirasi atau idea datang. Sampai senja aku nunggu .. ndak juga datang inspirasi! Yang datang cuma nyamuk dan agas mau makan free. Hidangannya darah aku ... mana boleh jadi! Dalam dunia mana ada yang free. Masuk jamban buang benda yang ndak berguna pun kena bayar dulu!

Tapi makin lama makin cantik aku tengok tu langit. Lalu Aku masuk ke dalam rumah ambil kamera digital Sony Cyber-shot DSC-S600 6.0 megapixels aku! Ambil gambar langit senja sehingga lupa tujuan aku tengok langit adalah mau cari inspirasi.

Cantik kan? Aku rasa boleh juga aku jadi jurufoto

Ni lagi satu .. korang pilihlah mana yang ok

Biarlah. Aku ndak dapat sebarang inspirasi, tapi dapat gambar langit yang cantik. Macam lukisan. Siapa yang lukis .. Sang Pencipta. Aaaaa? Astaghrifullah ... maghrib rupanya ... aku terus buru-buru ke masjid! Sampai ketemu lagi setelah aku ada isu untuk dimasukkan dalam blog ini!

Pak Mur

Wednesday, October 24, 2007

Sebab Yang Tidak Dapat Dielakkan!

Al kisah pada suatu hari, aku terima surat rasmi yang berbunyi begini ... (sebenarnya ndak ada bunyi bah ... aku baca dalam hati saja), "Merujuk kepada perkara yang di atas, bersama-sama ini disertakan cek bernilai RM320.00 sebagai bayaran ceramah motivasi untuk jabatan ............... (sensored). Kami memohon maaf atas kelambatan menguruskan tuntutan bayaran ini kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan". Coba korang teka apakah frasa yang paling aku ndak suka dalam surat tersebut? Tersangatlah aku ndak suka tengok tu frasa seperti aku ndak suka orang panggil aku "kurus kering" .. pasal walaupun aku kurus tetapi terbukti ndak kering! Kalau "kurus" saja ndak apa pasal aku memang kurus.

Yang aku ndak suka nengok dalam surat tersebut adalah frasa "kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan". Kenapa aku ndak suka? Pasal ayat itu seolah-olah satu cara mudah untuk mengelak daripada bertanggungjawab atas kelewatan menguruskan tuntutan aku! Ataupun satu teknik pembohongan terancang, sedangkan kelewatan itu sebenarnya disebabkan oleh salah mereka sendiri dan sepatutnya BOLEH dielakkan. Aku berani bilang begini pasal aku sudah kerja sebagai karyawan pemerintah sejak tahun 1975. Aku rasa aku sudah masak betul dengan prosedur menyelesaikan dan membayar tuntutan yang sah. Aku pasti yang melambatkan proses pembayaran itu bukan prosedur, tetapi orang! Kalau korang ndak tau apa itu “orang”, ia adalah dari spesis homosapien yang berjalan atas dua kaki – dari segi ilmu biologi disebut bipedal.

Mana ndak jadi begitu .. pasal aku selalu nengok bagaimana tuntutan diuruskan. Mula-mula borang tuntutan diisi secara kalangkabut oleh si penuntut, dengan harapan dapat duitnya cepat. Maklumlah, pasal duit semua orang mau cepat kan? Ndak kiralah pengarah syarikat atau kuli tukang cuci jamban. (Sesungguhnya .. mereka yang ndak suka tuntutan mereka dibayar dengan cepat adalah terdiri daripada orang-orang yang kelebihan kaya - hadis palsu) Borang itu kemudian dikemukakan kepada karyawan pertama yang patut menguruskan tuntutan itu, tapi kan … karyawan berkenaan akan meletakkan dulu borang itu dalam in-tray dengan jawapan, "aku sibuk ni ... nanti aku urus tu". Kemudian karyawan itu akan ngomong-ngomong dulu sama teman-teman sekantor pasal orang terbang ke ISS, pasal MyTeam kalah, pasal nomor apa yang memenangi hadiah 1st prize, tentang goyangan siapa yang lebih hebat sama ada Inul atau Mas Idayu .. dsb. dsb. Nah .. sampailah dua tiga hari kemudian, atau seminggu, barulah voucher disediakan. Proses menaip voucher itupun balik-balik silap .. ulang dua tiga kali .. kemudian dengan segala berat hati (maklumlah .. duit orang lain yang diurus) dikemukakan kepada pegawai yang akan menurunkan tandatangan. Pegawai itu pula dari spesis yang menggunakan pen yang beratnya boleh mencapai beberapa ratus kilogram, pasal susah betul mau angkat itu pen untuk tandatangan .. kesian juga bah. Siapa suruh beli pen yang dibuat daripada kryptonite? Superman pun takut sama tu logam! Setelah berusaha keras untuk angkat tu pen, yang memakan masa sampai dua tiga hari lagi, barulah turun tu tandatangan termahal dalam dunia. Kemudian orang yang bertanggungjawab ambil keluar voucher yang sudah ditandatangan itu pun special sikit dia punya jawatan. Dia ndak boleh kerja cepat, sebab skim perkhidmatan dia bilang kalau dia kerja cepat, dia akan diturunkan pangkat. Maka bermastautin lagilah tu voucher di bilik si tukang tandatangan dua tiga hari lagi. Lepas itu nanti sopir dan peon yang tugasnya menghantar tu voucher ke organisasi pembayar pun special juga diorang punya jawatan. Diorang dikehendaki menyelesaikan dulu tugas peribadi seperti beli ikan, beli beras, beli makanan kucing, antar anak, ambil gundik, bakar sampah, jual tanah dsb .. sebelum menuju terus ke organisasi yang berkenaan. Al-maklum, nanti dianggap membazir tu petrol sama kendaraan pemerintah kalau ndak digunakan dengan sepenuhnya!! Oleh yang demikian, voucher yang sepatutnya sampai ke organisasi pembayar pada waktu pagi, akan cuma sampai pada waktu petang semasa kantor sudah mau ditutup! Bermakna dua tiga hari lagilah baru kena urus tu voucher.

Adui ... penat jari aku menaip untuk menceritakan apa lagi yang terjadi di organisasi tukang bayar .. korang bayangkanlah sendiri berpandukan dengan apa yang aku ceritakan di atas ... pasti korang pun akan bilang ... lamaaaaaa lagi tu voucher di sana baru dia menjelma menjadi cheque! Rasanya lebih cepat jentik-jentik bertukar menjadi nyamuk aedes, ataupun ulat bulu menjadi beluncas dan kemudian menjadi rama-rama!!

Tapi alangkah ajaibnya apabila si penuntut minta penjelasan kenapa begitu lambat menguruskan pembayaran sedangkan prosedur yang telah disediakan adalah amat cekap, efisien dan ada persijilan ISO 007 James Bond, dengan mudah saja dikasi tahu .. “kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan”. Tsk! Tsk! Tsk! Alangkah dunia ini akan bebas dari segala kerumitan jika setiap masalah bisa diperjelaskan dan diselesaikan dengan frasa “kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan”. Bayangkanlah .. jika pada sesuatu waktu bini aku tanya aku, “bang .. kenapa malam tadi abang macam ndak ada mood saja?” Aku simply akan jawab, “kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan”. Masalah selesai!! Kalau bos aku tanya, “Pak Mur .. kenapa sampai sekarang ndak siap ini projek yang aku serahkan sama kau?” Aku jawab saja, “kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan”. Problem settled!! Kalau bank tanya aku kenapa tiga bulan sudah aku ndak bayar utang kereta aku, aku dengan senyuman manis boleh jawab, “kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan”. Bank terus diam!

Kalau di akhirat nanti malaikat tanya kenapa ndak pernah solat semasa idup di dunia .. aku mau nengok manusia yang berani jawab, “KERANA SESUATU SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN”!!!!!!!

Pak Mur

Tuesday, October 23, 2007

Anak-Anak

23 Oktober 2007- Aku balik kerja setelah abis cuti lebaran. Seronok juga aku cuti lebih kurang satu minggu, pasal jarang aku minta cuti lama-lama. Bukan aku ndak suka cuti, aku memang suka. Tapi kalau aku cuti lama-lamapun aku sendirian di rumah. Last-last aku jadi macam babu buat kerja rumah; ngepel, nyapu, nyuci piring dan sebagainya dan sebagainya! Hahahahahaha!! Bini kerja, anak-anak sudah besar dan sibuk ngurusin hidup masing-masing. Tiga orang anak aku pun sudah kerja. Yang sulung sudah kawin dan jadi orang Melaka .. sudahpun aku dapat cucu. Yang kedua sibuk dengan hidup dia sebagai dokter, kerja siang malam. Kadang-kadang kesian aku tengok macam orang ndak ada "life". Kalau ada orang mau melamar dia lain kali, aku pikir tu orang mestilah kerja dokter juga, atau sekurang-kurangnya paham tentang gaya hidup dokter. Kalau ndak .. pasti perang tiap hari macam Fatah dengan Hamas! Anak yang ketiga pula jadi pegawai bank di Kuala Lumpur. Mujur dia ingat juga mau call aku dari semasa ke semasa. Ingat juga dia sama bapak dia yang ndak hensem ni. Tapi hari lebaran yang lalu dia ndak dapat pulang kerna ndak dapat cuti. Kalau diapun ditakdirkan ketemu jodoh sama orang Semenanjung Malaysia, tambah jaranglah aku nengok muka dia. Adui .. inilah pengalaman pertama aku menghadapi hari lebaran tanpa anak aku yang pertama dan ketiga. Mujur anak bungsu dapat pulang cuti semester, kalau ndak, hari lebaran aku pasti sepi macam kuburan purba! Dia pun masih menuntut di Melaka, insyaAllah tahun depan graduate. Kalau dapat kerja di sana juga .. abislah tiga orang anak aku jadi orang Semenanjung. Tambah sepilah idup aku. Ndak apalah, nanti kalau sudah dalam lobang kubur, pasti sendirian juga! Arrrrgh! Takut pula aku membayangkannya!! Lagipun anak aku semua perempuan. Kalau mereka sudah kawin, priority perhatian mestilah sama suami, aku sudah jadi nombor dua. Sebagai seorang muslim aku kenalah terima hakikat itu. Mudah-mudahan saja mereka semua dapat suami yang bertimbang rasa, yang sudi membenarkan anak-anak aku pulang mengunjungi aku kalau aku kenapa-kenapa.

Dari kiri: Kartini Dewi (anak bungsu) & Kartika Sari (anak no. 3)

Makanya, anda yang masih punya anak kecil-kecil yang selalu bikin bising di rumah, yang suka manjat-manjat tingkap, yang suka bikin rumah berselerak dan ndak kemas, yang gemar lompat-lompat atas katil hingga patah tu katil mengakibatkan ndak ada tempat sudah mak bapak mau bikin "kerja", hehehehehe ... lebih baik nikmatilah detik-detik gemilang ketika anak-anak tersebut masih bersama anda. Anak-anak tetap anak-anak .. mereka belum bisa berpikir secara rasional. Itu pasal mereka suka buat kerja yang ndak masuk akal. Kan bagus mereka bising .. itu ertinya mereka ndak bisu! Kan bagus mereka suka manjat-manjat tingkap .. daripada manjat pagar penjara untuk cuba melarikan diri! Kan bagus mereka bikin rumah berselerak dan ndak kemas.. itu ertinya anda mampu menyediakan rumah untuk mereka. Kan bagus mereka lompat-lompat atas katil .. daripada lompat-lompat dalam disco dan pub macam monyet mabuk dan menganggap itulah gaya hidup moden!! Nanti mereka sudah besar dan meninggal .. eh, maksud aku meninggalkan rumah untuk menjalani hidup masing-masing .. barulah kalian mengerti apa erti "sepi".

Yang penting berikanlah bimbingan yang baik-baik kepada anak-anak semasa mereka masih kecil lagi, supaya mereka akan sentiasa hormat kepada orang tua. Kalian juga tau kan .. berdosa tu anak-anak kalau berani angkat suara dan tunjuk marah-marah kepada orang tua. Menghormati dan menjaga orang tua adalah wajib bagi anak-anak. Jangan sampai sudah besar jadi sombong macam setan, kalau ndakpun macam Firaun! Jangan sampai orang tua dihantar ke rumah orang-orang tua apabila sudah ndak mampu menyara hidup sendiri. Ndaklah aku mau mati di rumah orang-orang tua. Kalau boleh biarlah aku mati di rumah buruk aku atau di masjid! Glamour kalau mati di masjid. Walaupun memang urusan Tuhan menetapkan siapa ke syurga dan siapa ke neraka tapi yang jelas kalau mati di masjid pasti orang bilang, "uih .. orang baik-baik tu ... disayangi Tuhan .. untungnya dia mati di masjid!" Kan bagus mati di masjid .. daripada mampus di pusat hiburan The Zouk!

Pak Mur

Wednesday, October 17, 2007

Bahasa Inggeris

Khamis, 18 Oktober 2007, hari ke-6 lebaran. Pulang dari masjid untuk solat subuh, aku ngap roti canai celup dalam kari ayam bini aku masak tadi malam. Wuaduh! Enak banget tu kari ayam mati! Ya pastinya mati tu ayam kan? Kalo idup gimana mau dimakan? Manusia aneh saja yang makan ayam idup! Tambah enak sambil minum kopi gobres! Itu .. kopi itam kental dan manis! Memang best .. kayak espresso di San Francisco Coffee!! Sebelum aku teruskan coretan ini, kalian di Malaysia jangan marah karna bahasa aku persis bahasa Indonesia. Yang di Indonesia jangan marah karna bahasa aku "campursari" dengan bahasa Malaysia. Sebabnya .. aku Jawa Malaysia!! Ndak apa-apa kan?

Sambil sarapan aku baca berita terkini. Kasian aku terbaca berita orang berenti jadi orang gara-gara mobilnya tabrakan sama pohon. Sambil kasian itu aku lagi senyum. Kalian pasti heran kenapa sih aku bisa senyum baca berita orang kecelakaan di jalan. Aku senyum gara-gara bahasa Inggeris yang digunakan untuk menyiarkan berita tersebut. Sebahagian berita itu gini ditulis, "The police and ambulance came shortly after, but it was learnt the victim succumbed to serious head injuries, believed on the head". Nah kalo sudah "head injuries" untuk apa lagi mau dibilang "believed on the head"? Tentu saja "head injuries" itu dialami di kepala!! Masa di lutut? Apa bisa kalo ditulis begini .. "The victim succumbed to serious head injuries believed on the knee"? Terjemahan: Mangsa tewas akibat kecederaan kepala yang serius di lututnya! Waaa .. gimana itu ya? Aku ndak pernah sekolah di Amerika atau London .. tapi aku rasa gila tu bahasa Inggerisnya!!

Gimana pula dengan bahasa Melayu ya? Orang sering bilang, "yuh kita naik ke atas". Ataupun .. "Dia sedang turun ke bawah". Nah kalo naik sudah pasti ke atas kan? Kalo turun ya mestinya ke bawah. Belum pernah dong aku nengok orang naik ke bawah atau turun ke atas!! Hehehehehe!! Afa fendafat kalian?

Tuesday, October 16, 2007

Soalan Hari Lebaran

Assalamualaikum wbt.
Selamat Hari Lebaran kepada ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian.

Aku masih menikmati cuti!! Sedang nongkrong di rumah nonton tv. Terus-terusan kenyang ni sehingga jadi serba salah. Maklum saja; membazir makanan ndak boleh, pasal membazir itu sikap setan. Jadi apa saja yang ada di piring, harus dikerjain sampai licin! Di samping itu .. dinasihati juga supaya berenti makan sebelum kenyang. Wuaaaa ... bisa pusing ni mikirin bagaimana mau cari jalan tengah! Itulah .. manusia ini, semakin terpelajar kebanyakannya jadi semakin goblok!! Aku bilang goblok pasal kalau ilmu sudah terlalu tinggi, segala perkara yang simple pun mau dipikirin dan dianalisa dari segi ilmiah! Sepatutnya waktu ambil makanan mau taruh di piring, jangan ambil banyak-banyak, supaya ndak membazir dan boleh berenti makan sebelum terlalu kenyang sampai pingsan.. kan? kan? Iya kan? Betul ndak aku cakap? Mujurlah aku ini ndak terlalu tinggi ilmunya, jadi bisa berpikir secara simple juga! .. Cara aku berpikir ialah "air = air"; bukannya "air = dua bahagian hidrogen + satu bahagian oksigen" !! Pada aku, air hanya untuk minum, masak dan mandi; bukan bagaimana menggunakannya untuk menghasilkan bahanapi pesawat angkasa lepas Soyuz atau Discovery! Simple kan? kan? Iya kan? Makanya .. boleh ndak kalian jelaskan mengapa ramai manusia suka menjadikan rumit perkara yang seharusnya simple? Terutamanya dalam mesyuarat? Hehehehehehe!! Itu soalan pertama aku pada hari lebaran yang kelima ini.

Seterusnya aku mohon kalian yang berpikiran intelek dan paham tentang isu-isu internasional untuk mejelaskan supaya benar-benar jelas .. betulkah umat manusia berjuang untuk mewujudkan keadilan di muka bumi ini? Ada pihak yang marah-marah kalau orang lain baru mau mencipta air-rifle, dengan alasan nanti ramai orang akan terbunuh. Tapi dia sendiri sudah punya Inter Continental Balistic Missile yang bisa bikin dunia kiamat lebih cepat! Kenapa kalau ada segelintir orang Islam buat salah, mereka digelar moslem-terrorist? Tapi kalau manusia beragama lain buat kesalahan yang serupa, mereka cuma digelar terrorist .. ndak disebutpun agamanya!! Dan kenapa ramai pihak yang berkuasa ribut-ribut bilang semua kaedah dan peraturan mesti dipatuhi, tapi kalau dia sendiri punya kepentingan, boleh pula minta pengecualian? Ehehehehehehe!! Itu soalan nomor dua untuk bikin kalian berpikir kayak Socrates!!

Selamat berpikir hingga pusing tujuh keliling!!