Al kisah pada suatu hari, aku terima surat rasmi yang berbunyi begini ... (sebenarnya ndak ada bunyi bah ... aku baca dalam hati saja), "Merujuk kepada perkara yang di atas, bersama-sama ini disertakan cek bernilai RM320.00 sebagai bayaran ceramah motivasi untuk jabatan ............... (sensored). Kami memohon maaf atas kelambatan menguruskan tuntutan bayaran ini kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan". Coba korang teka apakah frasa yang paling aku ndak suka dalam surat tersebut? Tersangatlah aku ndak suka tengok tu frasa seperti aku ndak suka orang panggil aku "kurus kering" .. pasal walaupun aku kurus tetapi terbukti ndak kering! Kalau "kurus" saja ndak apa pasal aku memang kurus.
Yang aku ndak suka nengok dalam surat tersebut adalah frasa "kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan". Kenapa aku ndak suka? Pasal ayat itu seolah-olah satu cara mudah untuk mengelak daripada bertanggungjawab atas kelewatan menguruskan tuntutan aku! Ataupun satu teknik pembohongan terancang, sedangkan kelewatan itu sebenarnya disebabkan oleh salah mereka sendiri dan sepatutnya BOLEH dielakkan. Aku berani bilang begini pasal aku sudah kerja sebagai karyawan pemerintah sejak tahun 1975. Aku rasa aku sudah masak betul dengan prosedur menyelesaikan dan membayar tuntutan yang sah. Aku pasti yang melambatkan proses pembayaran itu bukan prosedur, tetapi orang! Kalau korang ndak tau apa itu “orang”, ia adalah dari spesis homosapien yang berjalan atas dua kaki – dari segi ilmu biologi disebut bipedal.
Mana ndak jadi begitu .. pasal aku selalu nengok bagaimana tuntutan diuruskan. Mula-mula borang tuntutan diisi secara kalangkabut oleh si penuntut, dengan harapan dapat duitnya cepat. Maklumlah, pasal duit semua orang mau cepat kan? Ndak kiralah pengarah syarikat atau kuli tukang cuci jamban. (Sesungguhnya .. mereka yang ndak suka tuntutan mereka dibayar dengan cepat adalah terdiri daripada orang-orang yang kelebihan kaya - hadis palsu) Borang itu kemudian dikemukakan kepada karyawan pertama yang patut menguruskan tuntutan itu, tapi kan … karyawan berkenaan akan meletakkan dulu borang itu dalam in-tray dengan jawapan, "aku sibuk ni ... nanti aku urus tu". Kemudian karyawan itu akan ngomong-ngomong dulu sama teman-teman sekantor pasal orang terbang ke ISS, pasal MyTeam kalah, pasal nomor apa yang memenangi hadiah 1st prize, tentang goyangan siapa yang lebih hebat sama ada Inul atau Mas Idayu .. dsb. dsb. Nah .. sampailah dua tiga hari kemudian, atau seminggu, barulah voucher disediakan. Proses menaip voucher itupun balik-balik silap .. ulang dua tiga kali .. kemudian dengan segala berat hati (maklumlah .. duit orang lain yang diurus) dikemukakan kepada pegawai yang akan menurunkan tandatangan. Pegawai itu pula dari spesis yang menggunakan pen yang beratnya boleh mencapai beberapa ratus kilogram, pasal susah betul mau angkat itu pen untuk tandatangan .. kesian juga bah. Siapa suruh beli pen yang dibuat daripada kryptonite? Superman pun takut sama tu logam! Setelah berusaha keras untuk angkat tu pen, yang memakan masa sampai dua tiga hari lagi, barulah turun tu tandatangan termahal dalam dunia. Kemudian orang yang bertanggungjawab ambil keluar voucher yang sudah ditandatangan itu pun special sikit dia punya jawatan. Dia ndak boleh kerja cepat, sebab skim perkhidmatan dia bilang kalau dia kerja cepat, dia akan diturunkan pangkat. Maka bermastautin lagilah tu voucher di bilik si tukang tandatangan dua tiga hari lagi. Lepas itu nanti sopir dan peon yang tugasnya menghantar tu voucher ke organisasi pembayar pun special juga diorang punya jawatan. Diorang dikehendaki menyelesaikan dulu tugas peribadi seperti beli ikan, beli beras, beli makanan kucing, antar anak, ambil gundik, bakar sampah, jual tanah dsb .. sebelum menuju terus ke organisasi yang berkenaan. Al-maklum, nanti dianggap membazir tu petrol sama kendaraan pemerintah kalau ndak digunakan dengan sepenuhnya!! Oleh yang demikian, voucher yang sepatutnya sampai ke organisasi pembayar pada waktu pagi, akan cuma sampai pada waktu petang semasa kantor sudah mau ditutup! Bermakna dua tiga hari lagilah baru kena urus tu voucher.
Adui ... penat jari aku menaip untuk menceritakan apa lagi yang terjadi di organisasi tukang bayar .. korang bayangkanlah sendiri berpandukan dengan apa yang aku ceritakan di atas ... pasti korang pun akan bilang ... lamaaaaaa lagi tu voucher di sana baru dia menjelma menjadi cheque! Rasanya lebih cepat jentik-jentik bertukar menjadi nyamuk aedes, ataupun ulat bulu menjadi beluncas dan kemudian menjadi rama-rama!!
Tapi alangkah ajaibnya apabila si penuntut minta penjelasan kenapa begitu lambat menguruskan pembayaran sedangkan prosedur yang telah disediakan adalah amat cekap, efisien dan ada persijilan ISO 007 James Bond, dengan mudah saja dikasi tahu .. “kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan”. Tsk! Tsk! Tsk! Alangkah dunia ini akan bebas dari segala kerumitan jika setiap masalah bisa diperjelaskan dan diselesaikan dengan frasa “kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan”. Bayangkanlah .. jika pada sesuatu waktu bini aku tanya aku, “bang .. kenapa malam tadi abang macam ndak ada mood saja?” Aku simply akan jawab, “kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan”. Masalah selesai!! Kalau bos aku tanya, “Pak Mur .. kenapa sampai sekarang ndak siap ini projek yang aku serahkan sama kau?” Aku jawab saja, “kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan”. Problem settled!! Kalau bank tanya aku kenapa tiga bulan sudah aku ndak bayar utang kereta aku, aku dengan senyuman manis boleh jawab, “kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan”. Bank terus diam!
Kalau di akhirat nanti malaikat tanya kenapa ndak pernah solat semasa idup di dunia .. aku mau nengok manusia yang berani jawab, “KERANA SESUATU SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN”!!!!!!!
Pak Mur
1 comment:
alaa sori bang..sia lmbat baca blog abg ni atas sbb yg tdk dpt dielakkan ehehe...biasa la tu..cara senang utk menyelesaikan masalah,menjawab keraguan & cuci tangan huahuahua...
Post a Comment