Wednesday, November 7, 2007

Korang Ada Lesen Memandu?

Korang ada lesen memandu? Korang luluskah ujian sewaktu hendak mendapatkan lesen memandu? Kalau lulus … baguuus. Korang memang layak dikasi lesen. Jangan susah hati kalau lesen korang sekarang cuma membenarkan korang memandu kereta kecil. Aku pasti kalau korang ikut ujian lagi .. tentu korang lulus dan mendapat lesen untuk memandu kendaraan yang lebih besar dan canggih .. seperti keretapi, pengisar gandum dan kincir angin.

Yang aku ndak suka adalah kebanyakan para pemandu muda sekarang ini. Aku cukup heran dan otak aku boleh pusing tujuh keliling memikirkan bagaimana diorang itu boleh mendapat lesen memandu. Yang aku paham .. diorang sekarang mesti attend kelas dulu di sekolah memandu sebelum dapat ikut ujian. Itu berarti mereka seharusnya lebih paham tentang peraturan lalulintas daripada golongan tua seperti aku. Dulu-dulu aku mana pernah masuk kelas sekolah memandu. Jaman aku dulu di Kota Kinabalu ni mana ada dual carriageway! Mana ada flyover! Mana ada flying saucer dan sebagainya! Tapi aku rasa aku lebih pinter dalam bidang memahami peraturan lalulintas daripada budak-budak jaman sekarang. Aku ndak pernah ada sticker “P” di windscreen hadapan dan belakang kereta aku. Aku rasa sticker itu bermaksud “Penjahat”. Kalau ndak pun mungkin berarti “Palui”. Di Sabah ini “palui” ertinya “tersangat bodoh” alias goblok.

Kenapa aku bilang begitu? Cuba korang lihat gambar di bawah ini.

Korang yang ada lesen memandu dan memiliki kereta sendiri (termasuk kereta pinjam atau sewa) tentu tau itu adalah zebra crossing. Kalau diterjemah gimana ya? Mungkin jadi “lintasan kuda belang”. Ndak mungkin pula diterjemah jadi “lintasan tenggiling” kan? kan? Iya kan?

Zebra crossing itu terletak di kawasan bangunan kantor aku, iaitu bangunan Wisma MUIS di Kota Kinabalu. Suatu pagi aku dengan confident melintasinya kerna aku tau para pemandu kendaraan mesti berhenti dan memberi peluang kepada pejalan kaki melintas dulu atas zebra crossing. Sambil melintas itu aku sempat membayangkan wajah Lilies Karlina .. penyanyi dangdut jaipong yang aku cukup minat. Kerana dia kalau goyang tidak keterlaluan seperti Inul Daratista! Adui .. ke lain pula cerita aku .. Di mana sudah cerita aku? Oh iya .. tiba-tiba sebuah kereta lengkap dengan sticker “P” merah muncul dan hampir melanggar aku! Tidak cukup dengan itu pemandunya membunyikan hon sambil berteriak, “Oi .. mau matikah?”

Kurang ajar tu pemandu! Memang dasar bego, sialan, sontoloyo kampungan! Aku rasa sewaktu dia di sekolah memandu dulu .. dia tafsirkan zebra crossing sebagai tempat kuda belang melintas. Pemandu cuma dikehendaki stop kalau ada kuda belang melintas, kalau orang yang melintas .. langgar saja! Memang sah dia itu pemandu PALUI !!! Mujur tu pemandu perempuan .. errr .. cantik juga. Kalau jantan sure aku banting!








Pak Mur

1 comment:

Anonymous said...

btul Pak Mur, pemandu skrang ni otaknya itu ditapak kakinya barangkali, kalu otak kakinya suruh tekan...tekan terus tu pedal minyak, kalu dah mati masuk paper, macam biasa komen dorang, yg biasa aku dengarlah bunyinya camni "ia merupakan seorang pelajar yang cemerlang disekolahnya" hehehe orang paper ni takut mangkali mau cakap macam "ia merupakan sorang pelajar yang perangai macam setan" arh...arh...gurau kok...