Tuesday, November 20, 2007
Adui!
Tiba-tiba ada pula Mat Grafik di ofis aku tu memandai-mandai buat lawak. Korang tengoklah hasilnya:
Ndak apalah ... sekurang-kurangnya aku kelihatan macam orang terpelajar juga. Boleh tanding sama tu profesor. Mujur dia ndak bikin muka aku jadi macam Doraemon!
Wuaaaaaa!!
Friday, November 16, 2007
Kawan Baru
Ahem! Nampak bergaya juga aku bergambar sama professor tu. Sebijik macam three stooges! Prof sama kawan aku yang senyum nampak gigi tu ada kelebihan sikit. Dahi diorang luas macam lapangan terbang. Airbus A-380 pun boleh mendarat.
Ada satu saja masalah aku dengan para peserta luar negeri tu. Ada sorang tu dari Bangladesh, kalau dia cakap orang putih .. aku dengar macam dia cakap Hindi! Yang dari Vietnam tu, kalau dia cakap orang putih, berkerut-kerut muka aku mau paham .. macam dengar siaran radio Vietnam. Yang dari Thailand tu pula, kalau dia cakap orang putih .. aku langsung ndak dengar apa-apa .. pasal aku sibuk tengok muka dia .. cantik! Patutlah kawan-kawan aku di Semenanjung suka banget melancong ke Thailand. TomYam betul diorang tu!
Sebelah kanan aku kawan baru dari Thailand. Di kiri aku dari Tanzania. Selama ini aku sangka kulit aku itam .. rupanya ada yang lebih itam. Tapi diorang semua memang friendly. Ndak taulah masih friendly atau ndak kalau diorang sudah tau yang aku cuma kucing kurap .. bukannya CEO macam diorang! Hehehehehe!
Pak Mur
Wednesday, November 7, 2007
Korang Ada Lesen Memandu?
Korang ada lesen memandu? Korang luluskah ujian sewaktu hendak mendapatkan lesen memandu? Kalau lulus … baguuus. Korang memang layak dikasi lesen. Jangan susah hati kalau lesen korang sekarang cuma membenarkan korang memandu kereta kecil. Aku pasti kalau korang ikut ujian lagi .. tentu korang lulus dan mendapat lesen untuk memandu kendaraan yang lebih besar dan canggih .. seperti keretapi, pengisar gandum dan kincir angin.
Yang aku ndak suka adalah kebanyakan para pemandu muda sekarang ini. Aku cukup heran dan otak aku boleh pusing tujuh keliling memikirkan bagaimana diorang itu boleh mendapat lesen memandu. Yang aku paham .. diorang sekarang mesti attend kelas dulu di sekolah memandu sebelum dapat ikut ujian. Itu berarti mereka seharusnya lebih paham tentang peraturan lalulintas daripada golongan tua seperti aku. Dulu-dulu aku mana pernah masuk kelas sekolah memandu. Jaman aku dulu di Kota Kinabalu ni mana ada dual carriageway! Mana ada flyover! Mana ada flying saucer dan sebagainya! Tapi aku rasa aku lebih pinter dalam bidang memahami peraturan lalulintas daripada budak-budak jaman sekarang. Aku ndak pernah ada sticker “P” di windscreen hadapan dan belakang kereta aku. Aku rasa sticker itu bermaksud “Penjahat”. Kalau ndak pun mungkin berarti “Palui”. Di Sabah ini “palui” ertinya “tersangat bodoh” alias goblok.
Kenapa aku bilang begitu?
Korang yang ada lesen memandu dan memiliki kereta sendiri (termasuk kereta pinjam atau sewa) tentu tau itu adalah zebra crossing. Kalau diterjemah gimana ya? Mungkin jadi “lintasan kuda belang”. Ndak mungkin pula diterjemah jadi “lintasan tenggiling”
Zebra crossing itu terletak di kawasan bangunan kantor aku, iaitu bangunan Wisma MUIS di Kota Kinabalu. Suatu pagi aku dengan confident melintasinya kerna aku tau para pemandu kendaraan mesti berhenti dan memberi peluang kepada pejalan kaki melintas dulu atas zebra crossing. Sambil melintas itu aku sempat membayangkan wajah Lilies Karlina .. penyanyi dangdut jaipong yang aku cukup minat. Kerana dia kalau goyang tidak keterlaluan seperti Inul Daratista! Adui .. ke lain pula cerita aku .. Di mana sudah cerita aku? Oh iya .. tiba-tiba sebuah kereta lengkap dengan sticker “P” merah muncul dan hampir melanggar aku! Tidak cukup dengan itu pemandunya membunyikan hon sambil berteriak, “Oi .. mau matikah?”
Kurang ajar tu pemandu! Memang dasar bego, sialan, sontoloyo kampungan! Aku rasa sewaktu dia di sekolah memandu dulu .. dia tafsirkan zebra crossing sebagai tempat kuda belang melintas. Pemandu cuma dikehendaki stop kalau ada kuda belang melintas, kalau orang yang melintas .. langgar saja! Memang sah dia itu pemandu PALUI !!! Mujur tu pemandu perempuan .. errr .. cantik juga. Kalau jantan sure aku banting!
Pak Mur
Sunday, November 4, 2007
Dulu-dulu vs sekarang-sekarang
Penyanyi yang mau bergelar artis mesti mempunyai suara yang baik dan sesuai untuk menyanyi. Sebutan diorang pula terang dan jelas. Kalau orang Melayu yang nyanyi, dia sebut setiap perkataan dengan cara orang Melayu. Lagu-lagu yang dinyanyikan pula memang ada “seni”. Pendek kata lagu adalah lagu dan menyanyi adalah menyanyi, bukan benda lain. Kita boleh dengar dan paham dengan jelas setiap kata yang disebut dalam lagu yang disampaikan. Penyanyi pula cukup bersopan apabila berada atas pentas atau depan kamera. Yang lelaki pakai kot macam James Bond lengkap dengan tali leher. Cuma ndak ada gadget macam James Bond. Pasal penyanyi bukan spy .. tujuan hidup mereka adalah menyanyi, bukan jadi pengintip rahsia.
Sekarang-sekarang
Penyanyi ndak perlu pandai nyanyi. Biar suara macam kodok brewok pun boleh jadi artis terkenal. Yang penting kalau yang perempuan mesti sanggup goyang-goyang ghairah dan berpakaian separuh telanjang atau tiga suku telanjang depan kamera atau atas pentas. Kalau sanggup telanjang bulat, bujur, persegi dan oktagon lagilah bagus dan cepat terkenal. Kalau ndak percaya korang tengoklah saluran yang berkenaan dalam TV. Kalau yang jantan mesti boleh teriak-teriak macam setan edan, sinting dan gendeng! Ndak perlu miliki suara yang bagus. Pasal lagu jaman sekarang hanyalah macam orang mabuk bercakap .. ndak ada nada lagu pun dan intipati lagu sama ada langsung ndak ada meaning atau mengajak orang jadi sewel. Orang Melayupun sudah macam ndak boleh sebut perkataan Melayu secara normal. Dia mesti sebut cara orang putih. Yang nyanyi tangan kanannya mesti lincah nunjuk-nunjuk orang dan pukul-pukul dada sendiri. Tangan kirinya pula sekejap-sekejap pegang dia punya .... (sensor).
Dulu-dulu
Hanya makhluk yang bergelar “kerbau” yang dicucuk idung dengan cincin besi. Pun begitu, segoblok-goblok kerbau cuma kena cucuk di idung, pasal dia ndak rela kena cucuk di tempat lain. Dari aku lahir sampai tua begini belum pernah aku nengok kerbau kena cucuk di ekor, di belakang, di bontot atau di ... (sensor lagi). Kalau makhluk yang bergelar “orang” pula, cuma spesis perempuan yang pakai anting-anting.
Sekarang-sekarang
Manusia pula yang kena cucuk dengan cincin besi! Bukan hanya di idung, malah hampir serata badan; di telinga, di bibir, di dagu, di lidah, di leher, di kepala lutut, dan tidak syak lagi ada juga di .... (sensor lagi). Dan bukan hanya perempuannya yang pakai anting-anting, yang jantannya lagi terror pakai anting-anting di bahagian badan yang bukan-bukan. Aku pasti kalau badan diorang boleh dibuka tutup pakai zipper, pasti diorang pakai anting-anting di otak, di ginjal, di pancreas, di dinding perut dan di saluran najis! Pendek kata, “orang” sudah jadi lebih goblok daripada haiwan. Itu sebab ramai orang jadi setan, pasal malu jadi orang!
Pak Mur